Ramai Jejaka Patah Hati, Gadis Rider Cantik Pujaan Mereka Selama Ini Rupanya Lelaki Berusia Pertengahan Tahun

Adoii! ramai kecewa dan ‘frust menonggeng’ apabila seorang rider wanita cantik dari Jepun ini mendedahkan identitinya yang sebenar.

Ini kerana rider wanita cantik ini ternyata rupanya seorang lelaki berusia 50 tahun!

Gambar-gambar rider ‘wanita’ cantik yang sering dimuat naik oleh selama ini rupanya diedit menggunakan aplikasi seperti FaceApp untuk menjadikan dirinya kelihatan seperti wanita cantik yang lebih muda.

Ini kerana lelaki ini beranggapan tidak ramai yang mahu melihat gambar sebenarnya yang lebih berusia.

Namun, tipu muslihatnya ini disedari oleh pengguna media sosial yang terlihat lengan ‘gadis rider’ kelihatan sangat maskulin pada salah satu foto yang disiarkannya.

Ia sekaligus menyebabkan stesen televisyen memulakan pencarian ‘gadis rider’ itu sehinggalah tembelang sebenar diketahui.

Lelaki berusia 50 tahun dengan rambut panjang, menggunakan nama Twitter @azusagakuyuki memperoleh lebih 33 ribu pengikut, sebelum ini sering berkongsi gambar memakai jaket kulit dengan motosikal miliknya.

Zonggu berkata, beliau beralih ke aplikasi perubahan wajah kerana mahu menambah pengikut di media sosial beliau. Di bawah ini adalah wajah sebenarnya.

Beliau memberitahu stesen TV bahawa beliau rasa seronok menjadi ‘selebriti’ atas talian, meskipun terpaksa menipu ramai.

Sumber: Daily Mail

PERHATIAN : Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*