Seorang Tiktoker yg Isterinya Sarat Mengandung, Kantoi Ditangkap KhaIwat dgn Isteri Orang

KULIM: Seorang lelaki yang isterinya sarat mengandung ditangkap khalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang di rumah wanita berkenaan di Sungai Kok di sini, hari ini.

Katanya, operasi itu disertai tiga anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim dan ahli jawatankuasa masjid.

“Kita mengetuk pintu rumah sebelum seorang wanita membuka pintu dan hasil pemeriksaan menemui seorang lelaki berada di ruang dapur di dalam rumah tersebut.

“Hanya pasangan itu sahaja yang berada di dalam rumah terbabit dan pada mulanya, mereka mengaku sudah berkahwin.

“Pasangan itu mendakwa mereka bernikah di Thailand tetapi gagal mengemukakan dokumen,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, hasil siasatan lanjut mendapati wanita terbabit masih bersuami dan lelaki terbabit pula sudah berkahwin.

“Wanita terbabit kemudian mengaku dia masih mempunyai suami dan dalam proses penceraian.

“Wanita itu kini tinggal bersama dengan seorang anaknya di rumah itu, sementara seorang lagi anaknya tinggal bersama suaminya,” katanya.

Menurutnya, mereka ditahan dan dibawa ke Balai Polis Sungai Kob untuk laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat untuk siasatan lanjut.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri 2014.-

Sumber – UTUSAN ONLINE

PERHATIAN : Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*